Biasanya dunia hackers
didominasi oleh golongan lelaki. Tapi, siapa sangka wanita pun rupa-rupanya
terlibat dalam dunia bawah tanah ini juga. Kemampuan mereka juga tidak kalah
dengan kehebatan hacker lelaki. Berikut adalah Top 5 Hacker Wanita
Paling Cantik di dunia.
1.
Xiao Tian
Xiao
Tian adalah seorang hacker yang sangat bergaya dan moden. Penampilan dan gaya hidupnya
begitu rapi, dinamis malah feminin. Dia juga tertarik dengan dunia fesyen,
khususnya kasut tumit tinggi wanita. Dalam blognya dia sering berkongsi cerita
tentang lokasi-lokasi yang dia pernah kunjungi.
Itulah
sebabnya Xiao mempunyai ramai peminat dan pengikut di seluruh dunia, khususnya
lelaki. Xiao Tian, mulai dikenali sejak berumur 19 tahun. Setelah membentuk
China Girl Security Team, salah satu kumpulan hacker wanita terbesar di China.
Penangannya dalam dunia hacking memang tidak diragui lagi.
Syarikat
engine carian nomor satu dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat
Xiao Tian dan kumpulannya. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem
infrastruktur google di China. Malah, google akhirnya tidak lagi mampu bertahan
dan memilih untuk menarik semua operasinya di China akibat serangan hacker yang
bertubi-tubi.
2.
Joanna Rutkowska
Joanna Rutkowska
adalah seorang gadis Poland yang tertarik dengan dunia hacking. Namanya pertama
kali dikenali setelah konferens Black Hat Briefings di Las Vegas, Ogos 2006.
Ketika itu, Rutkowska mempersembahkan bagaimana proses serangan yang telah dia
lakukan terhadap sistem windows vista.
Bukan
setakat itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan
System Management Mode milik Intel. Pada awal tahun 2007, dia membentuk
Invisible Things Lab di Warsaw, Poland. Sebuah syarikat yang memberi fokus
terhadap sistem keselamatan OS juga VMM serta khidmat perunding keselamatan
internet.
Pada
tahun 2010, Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating
System yang sangat kukuh sistem keselamatannya. Rutkowska juga pernah
memberikan saranan terbuka terhadap Presiden Microsoft Security Technology Unit
untuk memperketatkan lagi sistem keselamatan dalam windows vista.
3.
Ying Cracker
Ying Cracker, adalah
seorang guru yang berasal dari Shanghai, China. Dia mengajar tentang panduan
asas proses hacking, cara mengubah IP address atau memanipulasi password
pejabat! Dia juga pakar di dalam bidang membuat software khusus untuk hacker.
Dalam
sebuah forum yang berjudul Chinese Hottie Hackers, namanya banyak disebut dan
itu membuatkan popularitinya semakin melonjak. Dalam forum tersebut juga dia
mempunyai ramai peminat yang membuatkan popularitinya semakin terkenal.
4.
Raven Adler
Seorang
wanita berpenampilan gothic yang tertarik dengan dunia internet, khususnya
dunia hacking. Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir di dalam
perhimpunan hacker DefCon.
Perhatian
sudah tentu tertuju kepadanya. Namun begitu, dia mengaku tidak ingin
memanfaatkan gendernya sebagai wanita untuk membina reputasi sebagai hacker.
Malah, dia tidak mahu dipanggil dengan sebutan ‘Hacker Wanita’.
Dia
lebih suka dipandang kerana kemahirannya, bukan kerana statusnya sebagai
seorang hacker wanita. Ketika ini, dia aktif mereka-bentuk, menguji dan
mengaudit sistem keselamatan syarikat besar. Selain itu, dia juga aktif
mendalami ilmu beladiri Ryu Shorin Matsumura.
5.
Kristina Svechinskaya
Kristina Svechinskaya
adalah seorang mahasiswi Universiti New York yang ditangkap pada 2 November
2010 yang lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di England
dan Amerika Syarikat. Bersama 9 orang yang lain, Svechinskaya menghack ribuan
akaun pelanggan bank dan jumlah wang yang telah dicurinya ialah sekitar 3 juta
dollar.
Pada
mulanya, Svechinskaya bersama sekumpulan hackers mensasarkan 220 juta dollar.
Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank.
Dia memiliki sekurang-kurangnya 5 akaun bank di seluruh dunia untuk mencairkan
dananya.
Dalam
tindakannya itu, Svechinskaya juga melakukan pemalsuan pasport dan untuk
kesalahan itu, dia telah dihukum penjara selama 40 tahun setelah dibuktikan
bersalah. Seperti yang boleh dilihat di dalam gambar, baju dalam yang digunakan
gadis cantik ini dibuat daripada berlian.
Svechinskaya
juga mendapat julukan sebagai hacker terseksi di dunia. Kerana penampilan
wajah, tatapan mata dan gaya berpakaian Svechinskaya mampu membuatkan mata
memandang tidak mampu berkelip.
Follow my instagram @cahyamalia 😄😄
Follow my instagram @cahyamalia 😄😄
Komentar
Posting Komentar